Thursday 9 April 2015

SETIAKU MILIKMU KARYA LUVIS EIJA

BAB 3



JAM sudah menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Sara sudah bersiap-siap untuk keluar pada pagi itu. Dia membetulkan sedikit lilitan tudung di kepalanya. Baju kurung moden berwarna merah hati yang dipakainya itu juga dibetulkan. Dia tampak begitu ayu walaupun tidak mengenakan sebarang alat solek. Hanya dengan sedikit bedak muka dan secalit gincu dibibir, sudah cukup membuatkan dia kelihatan begitu ayu persis perempuan melayu terakhir.
Kunci kereta yang tersangkut kemas di dinding rumah dicapai laju. Kereta itu dibelikan oleh Adam untuknya dengan alasan supaya dia senang hendak bergerak ke mana-mana. Sebuah kereta Viva berwarna hitam itu begitu bermakna pada Sara. Walaupun cuma sebuah kereta kecil, namun dia bersyukur kerana inilah pertama kali dalam hidupnya, dia mendapat hadiah daripada seseorang. Hadiah mahal pula tu!
Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan padanya. Sara percaya apa yang telah terjadi selama ini ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Lihat sajalah dia sekarang. Dulu dia hanya seorang gadis kampung yang hidup dalam serba kedaifan. Ibarat kata, kais pagi makannya pagi dan kais petang.. makannya petang.
 Tetapi sekarang, dia sudah tidak perlu bekerja keras lagi untuk mendapatkan sesuap nasi. Semua keperluannya telah disediakan oleh Adam. Dia terima dengan redha takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya. Andai benar Adam adalah jodoh yang terbaik, yang telah dipilihkan oleh Allah untuknya.. dia berlapang dada untuk menerima.
Tetapi Sara tidak tahu sejauh mana kekuatan yang dimiliki olehnya. Mampukah dia untuk terus bertahan dan pertahankan rumah tangganya bersama Adam. Kadang-kala Sara berasa takut untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Apakah selamanya hanya akan ada perasaan kasihan di hati Adam untuk dirinya? Tidak akan wujudkah secebis cinta di hati Adam buatnya?
Sara mengeluh kecil. Terasa begitu berat beban perasaan yang terpaksa ditanggung olehnya. Dalam diam dia sudah mula menyukai Adam. Itulah yang menjadi masalah padanya kini. Dia takut andainya semakin lama dia berada di situ semakin kuat pula perasaannya terhadap Adam. Dia takut untuk membayangkan segala kemungkinan yang mendatang. Walaupun Adam terang-terangan mengakui bahawa dia sedikitpun tidak mempunyai perasaan pada Sara, tetapi hati Sara seakan sudah terpaut dengan sikap Adam yang bertanggungjawap itu. ‘Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan.’ Hanya doa itu yang sentiasa terdetik di hati Sara.

PEDAL minyak ditekan perlahan oleh Sara. Kereta dipandu dengan cermat. Maklumlah, Sara bukan cekap sangat memandu. Lesen pun baru saja dapat. Sesekali ada juga perasaan takut yang bertandang apabila berselisih dengan kenderaan yang lebih besar. Namun, dicekalkan juga hatinya.
Tidak lama kemudian dia sudah selamat sampai ke tempat yang dituju. Setelah kereta diparkir dengan elok, dia melangkah perlahan menuju ke siber cafe. Perasaannya bercampur baur antara takut dan mengharap. ‘Semoga Engkau tunaikan impianku Ya Allah..’ Doa Sara tidak putus-putus.
Langkah dihayun dengan penuh debaran.
Terasa seperti mahu melompat kesukaan. Sara benar-benar teruja tatkala melihat namanya tersenarai di dalam senarai nama pelajar ambilan pertama UPU. Rasa nak menangis, nak ketawa.. semua ada. Syukur sangat-sangat kerana impiannya tercapai. Dia diterima masuk ke Universiti Malaysia pahang.
Dalam diam, sempat juga Sara menarik nafas lega. Sekurangnya tak adalah dia terpisah jauh sangat dengan Adam. UMP masih lagi berada di dalam negeri Pahang. Bila-bila saja dia boleh menjenguk Adam. ‘Hishh.. kenapa pulak aku fikirkan dia ni?’ Sara garu kepala. Nama Adam juga yang dia ingat! ‘Arghhh, baik aku pusing-pusing dekat bandar kuantan ni dulu. Balik rumah pun bukan ada apa nak buat!’ Omel Sara sendiri.

ORANG agak sesak di pusat membeli belah Megamall pada hari itu. Sara menjengah seketika ke arah jam tangannya. Sudah masuk waktu makan tengah hari. Patutlah ramai sangat orang.
Sara mempercepatkan langkahnya. Perutnya juga sudah mula menyanyikan lagu keroncong, minta diisi. Sampai sahaja di hadapan restoran ‘De Daun’.. sebuah restoran masakan melayu, Sara cepat-cepat melangkah masuk. Dia tidak mahu berlengah-lengah lagi. Mungkin sekejap lagi keadaan akan menjadi semakin sesak apabila semua orang sudah keluar untuk rehat dan makan tengah hari.
Namun begitu, belum pun sempat dia melabuhkan duduk, pergerakannya terus terkunci. Kakinya terasa berat untuk terus melangkah. Macam ada sebongkah batu besar yang melekat di kakinya. Di meja hadapannya kini kelihatan sepasang kekasih sedang asyik dibuai asmara. Mereka begitu mesra, makan bersuapan. Tiba-tiba tubuh Sara berasa panas dan gementar. Wajahnya yang tadinya tenang, sudah berubah riak menjadi tegang. Hati pula, terasa sakit yang amat. Bagaikan disiat-siat dengan belati.
“Adam?”
Spontan nama itu terpancul di bibir Sara. Namun tersangat perlahan, cuma dapat didengari oleh dirinya sendiri sahaja. Sandiwara itu terus ditonton oleh Sara tanpa disedari oleh pasangan yang sedang asyik memadu cinta itu.
Ada air jernih yang jatuh perlahan di pipinya. Terasa sakit dan sebak yang teramat sangat. ‘Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa ait mata ini tumpah? Kenapa sakit begini, Ya Allah? Aku tidak mengerti.!’ Air mata semakin laju merembes keluar. Sara terus menjadi penonton yang setia.
Sesekali tangan Adam bergerak lembut, membetulkan anak rambut yang jatuh berjuntai menutupi wajah kekasihnya itu. Mereka kelihatan sungguh bahagia, seolah-olah dunia ini cuma milik mereka berdua. ‘Apa lagi yang kau tunggu Sara! Memang wajar dia melayan kau begitu.. Dia memang benar-benar sudah mempunyai kekasih hati. Cuma kau yang bodoh Sara! Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.’
Sara tidak sanggup lagi untuk terus menjadi penonton kepada babak percintaan itu. Dengan tergopoh-gapah dia berjalan meninggalkan restoran itu tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri lagi. Sara bimbang kalau-kalau Adam perasan dia berada di situ. Dia tidak mahu dituduh menjadi pengintip pula.
Dalam keadaan kelam kabut itu.. tiba-tiba,
“Dubb!”
Sara terlanggar seseorang dan hampir-hampir dia terjatuh di situ. Sara memejamkan matanya bersedia untuk jatuh pada bila-bila masa sahaja. Dan pada saat itu juga dia dapat rasakan ada sepasang tangan yang gagah merangkul erat pinggangnya sekaligus menyelamatkan dia daripada jatuh tergolek.
 Sara cepat-cepat buka mata. Saat itu juga, debaran sudah mengila di dadanya. Terlopong mulut Sara! Dia sekarang berada di dalam pelukan seorang lelaki kacak. Dan yang membuatkan Sara semakin kaget, dia langsung tidak mengenali siapakah gerangan lelaki kacak itu. Lama Sara kaku dalam pelukan lelaki kacak itu. Dia benar-benar terkejut.
“Cik okey ker?” Soal lelaki itu lembut dan perlahan. Matanya tidak lepas dari merenung wajah Sara. Seolah telah terpukau dengan keayuan Sara.
“Eh, Okey!” Cepat-cepat Sara menolak tubuh lelaki yang memeluk erat pinggangnya itu. Dia bagaikan baru tersedar keadaan mereka begitu. Muka Sara berubah menjadi merah. Malu berpelukan begitu dengan lelaki asing. Di tempat yang terbuka pula tu. Apalah agaknya pandangan orang sekeliling.
Baju kurung yang tersarung kemas di tubuhnya itu dibetulkan, cuba mencari keselesaan. Jantung Sara masih berlari laju. Malu betul dia pada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Kalau boleh, Sara rasa nak sorokkan muka dia dalam kain tudung saat tu juga.
“Maaf Cik! Saya tak ada niat nak ambil kesempatan tadi.” Lelaki itu mula disapa perasaan bersalah apabila melihat Sara yang sudah tidak tentu arah. Wajah merah Sara yang tunduk merenung lantai itu sudah jelas mengambarkan perasaannya tika itu. Dia tahu Sara malu.
“Eh, saya yang sepatutnya mintak maaf sebab terlanggar awak tadi. Terima kasih sebab awak dah selamatkan saya dari terjatuh.” Sara cuba bertenang. Cuba untuk senyum. Tapi bibirnya seakan berat untuk mengukir senyum. Jantung Sara juga, langsung tidak mahu berkerjasama dengannya. Dari tadi asyik berdetak laju! Tambah laju bila Sara perasan sepasang  mata milik lelaki kacak itu tidak lepas-lepas daripada merenung dirinya. ‘Aduh! Kenapa tengok aku macam nak telan ni?’ Hati Sara berbisik sendiri.
“Eh, tak apa! Kalau orang lain berada di tempat awak tadi pun saya tolong jugak.” Lelaki kacak tadi melemparkan senyuman manisnya pada Sara. Mata tak lepas-lepas daripada merenung Sara. Rasa sayang mahu mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Err, saya pergi dulu!” Sara terus berlalu tanpa menantikan jawapan daripada lelaki itu. Rasa kurang selesa pula dia mahu berlama dengan lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu.
“Cik, tunggu dulu!” Panggil lelaki itu kuat.
Sara terus menonong pergi tanpa menghiraukan panggilan daripada lelaki kacak itu. Sudahnya, lelaki tadi menghela nafas panjang. Rasa kecewa pula melihat Sara terus berlalu tanpa menyahut panggilannya.
Sementara itu, Adam rasa seperti ada sepasang mata yang sedang merenungnya daripada jauh. Dia terus menoleh untuk memastikan keadaan itu. Matanya menyorot liar kesegenap ruang di dalam restoran itu dan agak terperanjat apabila matanya menangkap pandang imej seorang perempuan muda yang sedang tergesa-gesa pergi meninggalkan restoran tersebut.
 Tiba-tiba dia nampak tubuh perempuan itu telah dirangkul erat oleh seorang lelaki. ‘Eh, itukan..?’ Darah Adam berderau. Bibir diketap kuat tanda geram. Tanpa sedar tangannya sudah menggenggam penumbuk. Sakit hati! Itu yang Adam rasa sekarang.

JAM sudah menunjuk ke angka 8.30 malam. Sara baru sahaja selesai mandi dan sedang mencari-cari baju tidur untuk dipakai. Tiba-tiba pintu biliknya ditolak kasar dari luar. Terperanjat Sara apabila Adam dengan laju merempuh masuk ke biliknya. Wajah Adam yang mencuka itu sudah jelas menampakan ketidakpuasan hatinya. ‘Apa kena pulak mamat ni? Tak ada angin, tak ada ribut.. tiba-tiba taufan!’ Sara mula cuak. Perasaan malu mula bermukim di hati. Malu bila Adam tiba-tiba saja merempuh masuk ke biliknya dan melihat dia dalam keadaan berkemban begitu.
“Kenapa nak masuk tak ketuk pintu ni?!” Bentak Sara kasar. Mukanya sudah merona merah, cuba berselindung di balik pintu almari pakaian.
Adam masih tetap mencuka. Matanya tidak lepas merenung Sara daripada atas sampai kebawah. Sara mula rasa tidak selesa dan takut. ‘Apa dah jadi ni?’ Hati makin bingung.
Jantung Sara berdegup kencang. Perasaan takut mula menguasai dirinya apabila melihat Adam berjalan perlahan menghampirinya dengan panahan mata yang tajam, menikam terus ke tangkai jantung Sara.
 Tangan Sara ditarik kasar oleh Adam sehinggakan tubuh Sara terdorong ke depan dan terus berlaga dengan tubuhnya. Cepat-cepat Sara mengundur semula ke belakang. Tapi, pegangan tangan Adam masih kejap di lengannya. Sara rasa nak menangis. Takut, seram.. semua ada. Pandangan mata Adam yang tajam itu seakan mahu menelan dia hidup-hidup di situ.
Hati lelaki Adam mula bergetar. Saat tubuh hangat Sara berlaga dengan tubuhnya sebentar tadi, naluri lelakinya terus berkocak. Jantungnya berdetak sama laju dengan jantung Sara.
Sara gementar. Dia meronta kuat, cuba untuk merungkaikan cengkaman tangan Adam yang begitu kejap di lengannya. Tapi, Adam semakin mencengakam.. membuatkan dahi Sara berkerut menahan rasa sakit.
“Sakitlah!” Sara mengadu kuat. Peluh kecil sudah mula memercik di dahinya. Dia betul-betul malu dan takut berhadapan dengan Adam dalam keadaan begitu. Kenapa dengan Adam ni? Kena rasuk dengan iblis mana ni? Ataupun bergaduh dengan kekasih dan sekarang melepaskan segala kemarahannya pada Sara?
Adam tetap sama. Wajahnya masih lagi mencuka, merenung Sara dengan tajam dari atas sampai ke bawah. Liur diteguk berkali-kali. Iman di dada semakin menipis. Tetapi perasaan marah lebih menguasai dirinya berbanding keinginan batinnya kala itu.
Please Am.. lepaskan tangan saya.”
Sara merayu dengan suara bergetar. Mata mula berkaca. Dia berharap sangat Adam mahu mendengar rayuannya. Tapi malangnya. Rayuan Sara semakin mencambahkan api kemarahan di dalam diri Adam.
“Ooo.. Kalau aku pegang tangan kau tak boleh! Tapi kalau jantan lain peluk kau, kau suka!!” bentak Adam keras. Dia terus merangkul Sara ke dalam pelukannya, begitu kuat dan kejap. Sara meronta-ronta untuk melepaskan diri. Perasaan takut semakin menguasai diri tatkala melihat Adam seakan sudah hilang pertimbangan.
Tindakan Adam semakin meliar. Rayuan Sara sedikitpun tidak terkesan di hatinya. Dia telah dikuasai perasaan marah dan keinginan batin seorang lelaki. Kehangatan tubuh Sara telah membangkitkan naluri kelelakiannya.
Sara mengigil ketakutan. Air mata turun tanpa dipinta. Matanya dipejam rapat-rapat. Takut nak membayangkan apa yang bakal berlaku selepasnya.
Tiba-tiba pelukan Adam terlerai. Dia berlalu menuju ke arah pintu bilik Sara yang terbuka luas. Laju Sara membuka mata. Dia sudah terduduk kaku di penjuru katil, menarik nafas lega. Disangkakan Adam sudah mahu keluar, namun sangkaannya terus meleset. Dari ekor matanya dia dapat melihat Adam menutup daun pintu biliknya dari dalam dan terus  dikunci rapat. Dada Sara kembali sesak apabila melihat Adam sudah menghampirinya semula. Mata mereka bertembung lama.
Dengan perlahan Adam datang menghampiri isterinya, mengambil tempat duduk di sebelah Sara. Perlahan-lahan Adam menyentuh tangan Sara dan menggenggam serta membelai jari jemarinya dengan lembut.
Sara keliru.
“Kau milik aku! Aku tak suka kalau hak aku dikacau oleh orang lain. Aku tak akan lepaskan kau Sara. Aku akan pastikan kau cuma menjadi milik aku..” bisikan Adam yang perlahan di telinga Sara itu membuatkan Sara semakin kebingungan dan tidak mengerti.
Bertambah keliru apabila jari-jemari suaminya beralih pada wajahnya pula. Sara kaku dan tidak faham dengan sikap Adam pada malam itu. Dia cuba mencerna apa yang telah berlaku namun masih kabur. Akhirnya Sara kalah jua apabila Adam mencium pipinya dengan begitu mesra. Kenapa Adam begini?
“Sara... aku mahu kau jadi milik aku sepenuhnya.” Pinta Adam lembut. Sara diam, fikirannya sungguh berkecamuk saat itu. ‘ Kenapa dia bersikap macam ni, apa sebenarnya ni? Kenapa dengan tiba-tiba sahaja? Ya Allah, berdosakah aku jika menolak?’ Fikiran Sara semakin kusut.
Sekali lagi Adam mencium pipi Sara dan meramas jari-jemarinya. Sara terpana seketika, tidak pernah seumur hidupnya dibelai sebegitu oleh seorang lelaki.
Adam merenung lembut ke dalam anak mata Sara.
“Aku mahukan kau..”
Pinta Adam sekali lagi. Air jernih sekali lagi tanpa segan silu jatuh ke pipi Sara. ‘Andainya ini memang sudah Engkau aturkan untukku, aku redha dengan segala perancangan Mu, Ya Allah.’ Hati Sara berbisik yakin.
 Akhirnya pada malam itu, buat pertama kalinya Adam meniduri Sara. Mereka berkongsi apa yang sepatutnya mereka kongsikan selama ini. Malam itu segala-galanya menjadi indah, seolah-olah tidak pernah ada sengketa di antara mereka selama ini.










ENCIK FAYED MY MAN KARYA DILLA AHMAD

BAB 7



Jadi, keesokan pagi dia datang ke rumah. Aku yang masak nasi lemak terus ajak dia masuk ke rumah sebab kami sedang bersarapan. Kebetulan abah ada sama, jadi abah ajak dia sekali. Aku memperkenalkan abah pada Encik Fayed, sebagai bos aku. Dah memang bos pun. Bukannya teman lelaki. Nama aje couple .Tapi kami ni couple olok-olok aje. Abah bukan main gembira lagi berbual itu-ini dengan bos aku ni.
            Rumah kami jarang sangat di kunjungi tetamu. Ada pun hanya nenek dan mak long. Kakak abah yang tak berkahwin itu . Kalau nenek dan mak long datang memang best. Sebab, adik-beradik abah yang seramai lima orang itu akan datang bila dengar nenek turun KL. Rasa seronok berkumpul ramai-ramai ni. Meriah rumah kami yang sunyi ini.
            “Tambah lagi, Fayed. Bukan selalu si Amira ni buat nasi lemak. Sibuk selalu. Ni, hari minggu ni ajelah dia ada masa.” Cerita abah. Encik Fayed senyum saja.
            “Saya tak boleh makan banyak ni, pakcik. Nak main futsal. Ada game  hari ni.” Kata Encik Fayed pula. Abah angguk kepala. Abang Azahar hanya jadi pemerhati sejak tadi.
            Lepas makan dan berbual serba sedikit, Encik Fayed minta diri dan minta izin nak bawa aku pergi sama dari abah.  Abah izinkan dan aku kucup tangan abah sebelum ikut Encik Fayed.
            “Jaga diri.. jaga kelakuan..” Pesan abah.  Aku angguk dan segera sarung kasut getahku. Nak  pergi tengok orang main futsal. Takkan nak glamour kot? Jadi aku hanya sarung t-shirt putih di dalam dan hoodie jacket di luarnya dan seluar track hitam. Okay set!
            “Kumpulan saya dapat masuk final hari ni, Nur . I am so exited. Tak menang pun tak apa, asalkan kami terpilih masuk pertandingan akhir. Tapi rasanya, memandangkan awak ada ni nak kena usaha lebihlah !” Kata Encik Fayed ketika memandu dan sesekali pandang aku.
            “Kenapa  pulak?” Tanya aku, blur.
            “Awek saya datang tengok. Takkan nak kalah kot? Malulah saya!” Dia tarik senyum. Oh, jadi  nak  suruh  aku  jadi  penyokong  ajelah  ni.  Bukan  ajak  main  futsal  tu .  Fuh ,  lega ..
            “Tadi kata tak kisah kalau kalah?” Tanya aku. Hati dah kembang-kumcup bila dia cakap awek saya.
            “Cakap aje tadi. Siapa yang tak nak menang? Tapi kalah-menang tu kan  adat bertanding,kan? Lagi satu, kat sana jangan panggil saya encik pulak, sayang.” Katanya lagi, sekilas memandangku. Dia tenang saja  memandu dan senyuman itu tak pernah lekang di bibirnya.
            “Habis nak panggil apa?” Tanyaku, pelik. Peliklah . Request   yang  macam-macam di  pagi  hari .
            “Panggillah, sayang ke…baby ke…abang lagi bagus. .Fayed pun tak apa. Asal jangan encik. Faham, sayang? Tengok, saya dah mula panggil awak sayang. Nak biasakan diri..” Dia pandang aku sekilas dan tersenyum menawan. Cantik sungguh senyuman itu. Jantung aku bergetar aje tiap kali dia senyum macam tu.
            Nak panggil dia sayang ke? Macam pelik pulak sebab aku sendiri tak tahu apa hubungan aku dengan dia. Dia pun tak declare apa-apa tentang hubungan kami.
            “Saya panggil encik, Fayed  ajelah…” Kataku, buat keputusan.
            “Kenapa tak nak panggil abang pulak?” Dia pulak tanya aku, macam tak puas hati. Aik, kata tadi panggil nama pun tak apa? Apalah bos aku ni…
            “Encik nak saya panggil encik, abang ke?” Tanyaku pula, tersenyum.
            “Yalah. Awak kan awek saya..  Kan semua couple  macam tu.!” Kata dia lagi.
            “Okaylah, abang Fayed.” Aku sudah tersengih. Gelihati pulak dengar diri sendiri panggil dia macam tu. Dia senyum dan mengangguk. Puas hatilah tu.
            Kami tiba ke gelanggang dan dia memperkenalkan aku pada kawan-kawan dia. Semua menyengih pandang aku. Aku mencari tempat duduk di bangku panjang sambil memegang beg galas Encik Fayed, sebab di dalamnya ada benda berharga seperti dompet dan telefon bimbit dia. Rasa macam aku benar-benar dah jadi awek dia pulak. Heh!
            Perlawanan sudah bermula di antara pasukan Encik Fayed dan pasukan musuh. Semua penonton merasa teruja dan memberi sokongan pada pasukan masing-masing.  Aku cuma tengok saja Encik Fayed beraksi . Lincah sungguh pergerakan dia dan pasukan dia.  Aku toleh pandang kanan dan kiri pada semua muka yang hadir di situ. Seronok. Itulah yang aku rasakan sekarang. Tak pernah aku tengok perlawanan secara live macam ni. Inilah pertama kali. Setiap wajah yang datang menampakkan keterujaan. Aku ingat game  futsal ni hanya lelaki saja yang main. Tapi kata Encik Fayed, perempuan juga ada yang bermain sama. Wow, hebat...
            Dari tempat duduk aku,  aku terpandang satu wajah.  Oh,no… Kenapalah kat sini pun aku akan jumpa minah ni? Aku pandang lagi wajah Cik Liyana yang sedang berdiri dari arah bertentangan. Matanya tertumpu pada, siapa lagi kalau bukan pada lelaki kacak yang menjadi dambaan dia. Mata dia juga bagai tercari-cari sesuatu dan bila dia ternampak aku segera dia cepat-cepat melangkah ke arah aku. Hendak saja aku menyorokkan diri di antara penonton-penonton yang ada ni. Tapi rasanya dah terlambat untuk aku berbuat demikian nampaknya. Dia sudah melambai dan senyum kat aku. Kenalah aku senyum juga dan lambai dia balik.
            “Nasib baik  I  jumpa dengan muka yang I  kenal!” Katanya, macam gembira jumpa aku. Rambutnya yang panjang tak berikat itu di kibar-kibarkan. ”Kat sini tak ada kipas ke?” Tanya dia lagi.  Aku geleng. Biar betul minah ni. Ingat  kat sini apa?  Restoran?  Nak berkipas bagai?
            “You datang dengan bos you ke, Cik Nur?” Tanya Cik Liyana. Tak , dengan  boyfriend saya !  Nak  saja  aku  cakap  macam  tu . Aku senyum dan angguk. Tiba-tiba semua orang bersorak. Segera mataku memandang ke gelanggang. Encik Fayed baru menyumbatkan gol ke pihak lawan. Semua kawan-kawan dia peluk dia. T-shirt dia dah lencun dengan peluh. Muka dan rambut dia juga. Mata dia tepat pandang aku dan senyumannya terus mati bila dia nampak lambaian Cik Liyana pada dia. Berpaling, tanpa membalas lambaian Cik Liyana dia terus melangkah  ke tengah gelanggang semula.
            “Semalam I dinner kat rumah Fayed.” Kata Cik Liyana tiba-tiba, tanpa di tanya.Aku pandang dia dan tunggu apa dia nak cakap.

            “Our parents ada berbincang nak satukan  I  dengan Fayed.  I rasa Fayed  tentu setuju dengan pilihan  parents  dia.” Dia senyum sinis pandang aku. Mata dia juga seolah mengatakan,  ‘Jangan mimpi nak dapatkan Fayed.Dia , milik aku.’.

            Para penonton menjerit lagi dan bersorak. Semua bangun bila ada pasukan yang berjaya menyumbatkan gol. Entah pasukan mana dan siapa, aku sudah tak ambil kisah. Aku bagai hanyut meninggalkan semua. Aku tak dengar apa-apa lagi. Hanya suara hati yang merintih sedih. Sepatutnya aku tahu yang semua ini akan berlaku juga sebab Encik Arie sudah beritahu aku dulu.
            Akhirnya, perlawanan tamat dan pasukan Encik Fayed mendapat tempat kedua. Itu pun dah kira bagus dan pasukan dia mendapat pasukan terbaik. Bukan main gembira lagi dia. Cik Liyana terus datang pada dia dan ucapkan tahniah pada dia dan pasukannya. Cik Liyana ajak dia keluar makan sebab nak belanja dia dan kawan-kawannya yang menang itu. Tapi Encik Fayed menolak sebab nak hantar aku pulang. Nampak berubah muka Cik Liyana tadi.  Dengan muka tak ada perasaan,  Encik Fayed terus raih tangan aku dan bawa aku keluar dari situ.
            “Macam mana perempuan tu boleh tahu saya ada game  hari ni? Ini mesti abang Arie yang cakaplah ni!” Kata  Encik Fayed, seraya merengus keras. Kami melangkah ke parkir. Aku senyap tak cakap apa-apa.Encik Fayed lantas pandang aku. Mungkin dia terasa aku tak bagi respon pada tiap kata dia.
            “Are you okay,sayang?” Tanya dia. Aku pandang dia dan senyum segaris.
            “Tahniah, encik.” Kataku, perlahan. Dia dah buat muka pelik .”Cik Liyana dah beritahu saya tadi..” Sambungku. Dia merengus kasar lagi.
            “I knew it! Saya dah agak  she must say something stupid and make her look stupid too!” Kata Encik Fayed bercekak pinggang . Langkah kami terhenti.
            “Awak kecewa,  Nur?” Dia sudah pandang aku. Cepat aku geleng kepala. Aku tak mahu dia tahu yang aku memang sedih. Tapi tak kecewa sangat sebab kami tak ada apa-apa hubungan.

            “Saya tak apa-apa, Encik Fayed.  Sebab, Encik Arie pun ada cakap dengan saya hari tu yang dia nak satukan encik dan Cik Liyana..”
            “Damn!”  Dia menyumpah.  ”Saya dah jelaskan semalam lagi yang saya tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. Kenapa perempuan ni tak malu?”  Kata Encik Fayed lagi.
            Aku diam tak nak beri apa-apa balasan.  Aku tak mahu fikiran dia semakin serabut. Satu perkara yang aku harus ingat kini, tak semua yang kita inginkan akan jadi milik kita. Dan, antara aku dan Encik Fayed pula, aku rasa hubungan ini akan kekal sebagai bos dan pekerja. Tak mungkin ia akan berkembang lebih jauh walaupun Encik Fayed panggil aku sayang atau kami ni couple. Sebab, aku harus sedar diri mulai sekarang. Jangan berharap pada yang mustahil akan menjadi milik aku.

KASUT HITAM TOPI PINK KARYA NURIL BAHANUDIN

BAB 5



“I tak bolehlah jumpa you Khairi, nanti Zaif marah.” Tolaknya.
“Alah tak akan sekejap pun tak boleh?” Desak lelaki itu. Tak mahu mengalah.
“Tak boleh.” Tetap tak berganjak pendiriannya.
“Tapi I rindukan you sangat Lya.” Luahnya terus pada pujaan hatinya itu.
“I pun rindukan you Khairi tapi…”
“Tapi apa?” Soal lelaki itu laju bila Catylia terdiam seolah sengaja mahu membiarkan ayatnya tergantung.
“Kitakan tak ada apa-apa, kenapa mesti ada rindu? I sepatutnya tak boleh rindukan you sebab I dah ada Zaif, I sepatutnya rindukan dia. Hanya dia dan bukan you ataupun orang lain. Pelik” Balas gadis itu dalam nada seolah sedang bergumam namun tetap kedengaran jelas di telinganya.
“Itu tandanya hati you bukan milik dia lagi dah.”
“Bukan milik dia? Tapi kami tetap kena bersama sebab dah lama kami kenal tau. Dia tak boleh hidup tanpa I. Dia sendiri yang bagitahu I."
“Habis you ingat I boleh hidup tanpa you ke Lya? Dalam hidup ni kadang-kadang kita kena pentingkan diri. Kalau kita asyik nak bahagiakan orang, macam mana pula dengan kebahagian kita? I tak boleh hidup tanpa you Lya. I sayangkan you, dari dulu lagi. Semenjak kali pertama kita bertentang mata di fashion show hampir 2 tahun lalu.”
“Khairi tolong…”
“Tolong apa?”
“Tolong jangan buat hati I serba salah.” Rayunya. Sebelum perasaan dia berubah adalah lebih baik dia meminta lelaki itu berhenti mendera emosinya dengan bicara-bicara yang bisa membuaikan jiwa.
“I bukan nak buat you serba salah, I cuma nak sedarkan you saja.”
“I tak boleh… tak.”
Yes you boleh.” Balas lelaki itu tegas.
“Sudahlah I kena letak phone. I nak keluar jumpa Zaif ni. Lambat nanti dia bising. Dia tak suka orang yang lambat dan tak tepati masa ni. Bye!
Pintu kereta Vios putihnya dibuka, dia melangkah keluar. Namun entah macam mana ketika dia cuba melalui satu longkang yang terdapat di situ. Tumit kasut sudah tersekat pada besi penutup longkang yang jarang-jarang yang terdapat di situ . Bila cuba digerakkan kasut yang tersekat itu, tumit kasutnya itu telah tercabut dan melekat pada penutup longkang. Dia sendiri hampir terlentang jatuh gagal mengimbangi tubuh. Alamak! Jerit hati kalut tak sanggup membayangkan apa yang bakal terjadi dalam beberapa saat lagi. Terasa ada tangan yang memaut pinggang. Agaknya nasib banyak menyebelahi dirinya hari ni. Tubuh telah disambut oleh seseorang. Cepat-cepat dia membuka mata yang dipejamkan tadi.
“Weh kau tak apa-apa ke?”
Mak ai, kau aja dia bahasakan aku ni? Catilya rasa janggal dengan pertanyaan heronya, eh kejap, hero ke heroin ni?”
“Ta…k. Err terima kasih Chomel. Betulkan nama awak Chomel?” Tukang kasut yang muncul secara tiba-tiba menjadi penyelamat. Kalau tak mesti malu besar dia hari ni. Tak tahu mana mukanya harus diletakkan nanti.
“A’ah, tapi panggil aku Chom ajalah ya. Siapa nama kau?”
“Catilya.” Jawabnya sepatah. Nafas panjang ditarik. Cuba menenangkan kembali dirinya yang dihambat cemas sebentar tadi.
“Sedap nama kau, macam nama bunga orkid.”
“Oh terima kasih.” Kembang sedikit hati mendengar pujian yang keluar dari mulut Chomel itu. Hilang terus rasa gemuruh dek kerana hampir terjatuh tadi.
“Dah jom sini aku tengokkan kasut kau tu.” Ujarnya selamba sambil memegang tangan Catilya membantu gadis itu mengimbangi tubuh untuk berjalan.
“Woiii!”
“Hai siapa pula yang nama woi dekat sini?” Soal Chomel perlahan. Berkerut hairan wajahnya.
Serentak Catilya dan Chomel berpaling. Dari jauh kelihatan Zaif Affendy sedang berdiri dengan kedua tangan sedang mencekak pinggang memandang tajam ke arah mereka berdua. Eh nak buat iklan pinggang ramping perut kempis ke apa mamat ni?
“You buat apa ni Lya?” Soal lelaki itu keras sambil melangkah pantas merapati mereka. Tegang wajahnya. Laju tangan lelaki itu menepis tangan Catilya yang masih dipegang oleh perempuan tukang kasut itu.
“Buat apa, apanya Zaif?” Soal Catilya kurang faham. Mengapa lelaki itu kelihatan berang? Aku ada buat salah ke? Sudahlah pandangan mata serupa orang yang mahu makan orang. Lapar ke apa dia ni?
“Tu dengan si budak tomboi tu?” Sambil memuncungkan mulut ke arah Chomel yang masih setia berdiri di sisi Catilya.
“Weh tolong sikit ya, aku perempuan sejatilah bukan tomboi!” Marah Chomel bila mendengar gelaran yang diberikan oleh lelaki itu. Menyanggah!
“Mana awek kau yang hari tu sampai awek aku ni pun kau nak ayat? Dah kena tinggalkan ke apa?” Soal Zaif Affendy bengang.
“Awek? Kau gila ke atau dah hilang akal? Aku ni perempuan masakan boleh ada awek.” Terkejut. Macam tak percaya bila mendengar soalan yang baru saja meluncur keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki ni tak betul ke apa?
“Eh jangan nak pura-pura pula kau ya? Orang bodoh dan buta saja yang tak akan faham dengan telatah kalian tu. Bermesra depan publik. Tak malu ke? Dahlah songsang! Sekarang nak kacau awek aku pula.” Tuduh lelaki itu melulu tanpa usul periksa.
“Ohoiii sedap betul mulut kau melancang. Aku walaupun macam ni punya gaya, masih ingat Tuhan. Masih waras! Tak ada kerja eh aku nak buat benda yang terlarang dan dilaknat Tuhan ni.” Tinggi nada suara. Betul-betul tak boleh terima tuduhan lelaki itu yang dia kirakan paling melampau sekali yang pernah dia terima sepanjang hidupnya.
“Zaif apa yang you mengarut ni?” Catilya menyoal. Kurang sedang mendengar tuduhan tak berasas yang keluar daripada mulut lelaki itu.
“You diam Lya! Ini urusan I dengan dia. You diam saja di situ dan jangan nak masuk campur!” Tengkingnya keras.
Catylia terdiam. Menelan air liur. Terkejut bila Zaif memarahinya di hadapan orang ramai sebegitu.
“Kau dah kena tinggal dengan awek kau ya tomboi sampai kau terpaksa rembat awek aku ni?” Sambungnya lagi bila melihat suasana yang bertukar hening itu.
Haisyh susah sungguh bercakap dengan orang tak faham bahasa ni. Chomel menarik nafas panjang. Ada yang aku silatkan pula hari ni karang. Kesabaran semakin menipis. Sakit telinga bila mendengar tuduhan membuta tuli lelaki itu.
“Dahlah, Malas aku nak layan kau. Layan orang tak betul macam kau, nanti tak pasal-pasal aku pun jadi tak betul sekali. Jom aku tolong kau Lya.”
Dia sekali lagi menarik tangan Catilya dan selamba berjalan melintasi lelaki itu namun hanya beberapa langkah sahaja sebelum diri ditolak kuat oleh lelaki itu. Terduduk dia di atas lantai simen di situ.
“Woii kau apa pasal tolak aku? Sakitlah sengal!” Tengkingnya kuat. Heiii lelaki ini memang dah lebihlah.
“Zaif you kenapa?” Soal Catilya seolah tak percaya dengan apa yang baru dilihatnya itu. Tak sangka Zaif sanggup mengasari Chomel.
“Dah jangan nak tanya kenapa ke atau apa ke? Ikut I cepat!” Lelaki itu menarik kuat tangan Catilya memaksa supaya menuruti langkahnya.
“Tak nak!” Dia membentak. Meronta agar tangan dilepasi.
“Aku hairanlah, orang perangai macam hantu macam kau ni pun masih ada perempuan yang nak.” Walaupun rasa sakit ditolak oleh lelaki itu masih lagi tak hilang, mulutnya tetap tak juga mahu diam.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku tomboi!” Panas telinga bila mendengar sindiran sinis Chomel itu. Laju kakinya berpusing. Ingin berpatah balik mendekati gadis yang tak serupa gadis itu.
“Cukup Zaif! Letih sudah I dengan perangai you ni. You tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak? I dengan dia tak ada apa-apa. You faham tak? You tak nampak ke yang Chomel tu cuma cuba nak bantu I, dia tak ada niat lain pun. Ni nampak ni tumit kasut I yang dah patah tercabut ni? You jangan nak melulu saja boleh tak? Cubalah jadi rasional sikit.” Hilang malu hilang segalanya. Dia tak peduli sudah yang mereka bertiga mula menjadi perhatian bercupak mata orang yang berada di sekeliling.
“I… Lya I..”
“Cukup! Betul kata Khairi yang I ni bodoh, I ni buta mata hati. Sepatutnya I mula sedar dari dahulu lagi dengan perangai you tu. Perangai panas baran you, perangai cerewet you yang terlebih tu. Perangai sombong bongkak you. I tak faham kenapalah I boleh jadi manusia paling bodoh di atas muka bumi ni. Sanggup pejamkan mata, pekakkan telinga daripada dengar apa yang orang kata. Harapan I sebab mahu ubah diri you, tapi sebaliknya. You makin teruk dan tak terkawal.”
“Siapa Khairi, Catilya?”
“Bukan siapa-siapa pada you untuk you tahu Zaif Affendy!”
“Dah tu apa pula hubungan you dengan Khairi tu Lya?” Terkejut dan tak sangka bila ada nama lelaki yang sangat asing akan meluncur keluar dari mulut wanita kesayangannya itu.
“Tak ada apa-apa hubungan pun dengan I buat masa sekarang, tapi lepas ni mungkin… 

BUKAN KEKASIH TETAPI ISTERI KARYA AILAH DIELA

BAB 5 


KAKI yang terasa pedih digerakkan perlahan-lahan. Tangan naik memegang kepala dan jari jemari mula bertindak memicit dahi. Pening. Sakit. Dengan berat Zara membuka mata sebelum mata kembali tertutup bila silau cahaya matahari mula menerjah kornea mata.
“Mila..” Panggil Zara perlahan. Sakitnya kepala dia ni.
Zara membuka mata sekali lagi. Perkara pertama yang menjadi santapan matanya adalah langsir tebal berwarna kuning cair. Perasaan aneh mula menerpa. Rasanya langsir bilik dia warna merah jambu. Mata tertancap pula pada selimut yang membaluti tubuh. Kelabu? Bukan ke sepatutnya selimut dia warna merah jambu dengan corak love besar-besar. Bila dia beli selimut warna buruk macam ni?
“Mila!” Zara menjerit lagi bila perasan yang dirinya sekarang bukan berada di dalam bilik tidur dirumahnya.
Badan tegak di atas katil. Mata laju memerhatikan keadaan sekeliling bilik. Sah lagi nyata! Ini bukan bilik dia.
Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan kepala Zara pantas menoleh. Elok saja pintu terbuka pandangan pertama yang singah di matanya adalah seorang lelaki. Berpeluk tubuh sambil bersandar di birai pintu.
“Saya kat mana ni? Awak siapa?!” Soal Zara terus apabila melihat lelaki tersebut hanya menayang muka beku.
“Entah.”
Rizza angkat bahu.
Zara mengecilkan mata melihat lelaki tersebut dari atas sampai bawah. Entah? Kenapa la lelaki ni bagi jawapan yang menambahkan pening kepala dia je. Kalau ini lelaki ini tak tahu. Macam mana pula dia boleh ada dekat sini? Atas katil ni? Cepat tangan Zara menyelak selimut.
“Tak payah nak check sangat. Aku pun tak hingin la nak sentuh badan kau yang macam tempe tu. Sekeping!”
Sembur Rizza terus. Macamlah dia ni jahat sangat. Tak hingin pun la dia nak sentuh perempuan tak ada maruah depan dia sekarang ni.
“Macam mana saya boleh ada dekat sini?” Soal Zara terus. Malas dia nak melayan mulut laser lelaki tersebut.
“Kau yang ikut aku.” Tanpa nada Rizza berikan jawapan.
“Hah?!”
“Kau yang tak nak balik semalam.”
“Hah?!”
“Kau yang tidur lama sangat semalam, jadi tak sampai hati pulak aku nak tinggal kat tepi lebuhraya.”
“Hah?!!”
Rizza buat muka bosan. Bodoh sangat ke perempuan ni. Tak faham sangat ke apa yang dia cakap.
“Mana dia?” Ya! Zara tiba-tiba teringat pada lelaki yang menyelamatkannya. Kali terakhir dia ada dengan lelaki tersebut semalam.
Lepas abang pejal dua orang tu lari jauh dari mereka berdua. Lelaki tersebut membawanya pergi. Dia yang memang tengah takut masa tu langsung tidak membantah. Yang penting dia rasa selamat dengan lelaki tu. Kereta Land Cruiser warna silver metalik! Itulah kereta yang lelaki tu arahkan dia naik semalam. Takkan la hero dia tu tinggalkan dia dekat mana-mana pulak semalam.
“Siapa?” Soal Rizza berpura-pura tidak tahu. Padahal dia tahu siapa yang Zara maksudkan.
“Lelaki semalam! Saya dengan dia semalam.” Zara menjawab geram. Namun lelaki tersebut hanya tayang muka macam orang tertelan hormon sedingin sajlu. Muka tak ada mimik! Kalau dia tampar nanti, mahunya berkeronyok.
“Hari ini pun dia still ada dengan kau.”
“Mana dia?”
“Takkan kau dah lupa orang yang selamatkan kau. Lupa budi betul kau ni.” Sinis nada Rizza. Kedua belah tangan ke dalam poket seluar jeansnya.
Zara mengerutkan dahi. Cuba berfikir. Tiba-tiba!
Bingkas dia bangun. Tapi elok saja kaki dia mencecah lantai. Mulutnya berdecit menahan kesakitan di bahagian tumit kaki. Terjingkit-jingkit dia dibuatnya.
“Jangan dekat! Stay there!” Arah Zara bila Rizza ingin melangkah mendapatkan dirinya.
“Berlagak..” Rizza mengomel perlahan.
Zara menjeling. Dia dengar okey!
Dengan bersusah payah, perlahan-lahan Zara terjingkit-jingkit mendekati Rizza yang masih berdiri tegak.
Rizza menyandar selamba di tepi birai pintu. Pandangan mata Zara yang menilik mukannya lama dia buat tak nampak.
“Hidung kau memang spesies anjing ke? Nak kenal orang, hidu-hidu macam ni?” Rizza menjauhkan sedikit badannya apabila Zara tiba-tiba mendekatkan hidung ke tubuhnya.
Zara tegakkan kepala. Menentang pandangan lelaki berkenaan yang masih dengan mood setenang air di kali.
“Diamlah.” Marah Zara sebelum kembali mendekatkan hidung.
Zara cuma nak pastikan lelaki ini adalah lelaki yang sama. Bau! Ya. Hanya dengan cara ni je dia dapat kenal pasti siapa lelaki depan dia sekarang ni. Bau lelaki semalam memang dia masih ingat. Bau yang buat dia rasa selamat.
“Awak?” Zara tersentak. Ternyata deria baunya memang tidak pernah silap. Lelaki ini. Baunya sama macam lelaki semalam.
“Kenapa? Aku tak layak jadi penyelamat kau?” Sinis Rizza menyoal.
No.. Saya cuma..” Tangan Zara naik memicit kepala yang berdenyut tiba-tiba.
Zara merasakan aura lelaki yang berada di hadapannya kini berlainan. Semalam dia rasa selamat. Tapi hari ini dia rasa sakit hati. Lelaki depan dia ni lelaki paling tak ada perasaan.
“Dah tau diri tu tak sihat, tak payahlah berlagak kuat. Mati juga dekat sini ni nanti. Duduk je diam-diam kat atas katil sana tu. Bukannya aku nak rogol kau pun.”
Tengok! Mulut.. Masyallah. Perihatin sungguh. Tapi perihatin yang paling menyakitkan hati.
“Kenapa awak bawak saya datang sini?” Soal Zara sambil kembali melangkah ke arah katil dan merebahkan tubuh. Badan disandarkan ke kepala katil supaya dapat menampung kepalanya yang semakin memberat. Malas dia nak melayan gaduh dengan lelaki tanpa perasaan ni.
“Kau yang ikut aku..”
Jawapan yang sama!
No. Saya tak pernah ikut awak. Lagipun semalam lepas saja minum..”
Ingatan Zara kembali terlayar kepada persitiwa semalam. Lelaki tersebut ada memberikannya air mineral. Disebabkan dia yang memang tengah haus dan penat. Terus je dia teguk sampai separuh botol. Lama tak berlari, penatnya macam la dia dah lari keliling padang Stadium Bukit Jalil tiga kali!
“Awak bagi saya apa semalam?!” Terjerit dia dibuatnya dengan mata yang membulat.
“Pandai kau eh..” Terlepas gelak kecil di bibir Rizza. Kadang-kadang dia rasa yang aksi Zara terlalu mencuit hati.
“Awak bagi saya ubat tidur ye?”
“Tak. Ubat untuk perempuan baik-baik macam kau. Lagipun semalam aku kesian dekat kau, nampak penat. So biar aku bagi kau rehat..” Kali ini Rizza senyum sinis.
Zara bulatkan mata. Tak kira la apa pun jawapannya. Lelaki ni bukan lagi penyelamat dia. Tapi lelaki ni penjahaman dia. Ingatkan semalam dia dah selamat dari abang pejal tu. Rupanya lepas keluar dari kandang anaconda, dia dah termasuk pulak dalam kandang beruang. Beruang mafia!
“Jadi semalam awak la yang dukung saya masuk sini?”
“Tak! Aku heret je. Ingat kau snow white, ayu dalam tidur? Semua lelaki boleh jatuh cinta. Sorry! Kau tidur macam singa laut. Lembik! Berat! Tak menarik pun.”
Zara melopong. Heret?! Patutlah badan dia sakit-sakit. Tak guna punya beruang. Kalau tak nak dukung pun tak apalah. Tak payah la nak selitkan ayat kutukan tu.
“Saya nak balik!”
“Siapa yang bagi kau balik?”
“Eh! Ikut suka hati saya la. Kaki saya.”
“Konon, padahal kaki kau tu pun dah menderhaka pada kau semalam tahu tak. Baru lari sikit dah nak terjelepok! Tak ada stamina langsung. Itulah, selama ni tahu melengang bayam je..”
“Awak ni kenapa!” Jerkah Zara geram.
Apasal mulut lelaki ni macam Mak Enon jual jamu dekat kampung dia tu! Tahu nak mengutuk fizikal orang je. Tahulah yang lelaki tersebut tegap berdiri. Hey! Kalau dia sihat. Lompat kijang pun dia mampu buat la! Semalam tu sebab dia gabra je.
“Kenapa apa?” Soal Rizza tanpa perasaan. Nak jerkah dia konon. Itu belum lagi Zara dengar dia yang menjerkah. Mahu bisu mulut Zara ni nanti dia buat.
Zara merengus geram.
“Saya nak balik. Mana beg saya..” Zara melarikan matanya ke segenap ruang bilik. Mencari beg tangan Gucci yang pernah Tan Sri Rahman Syah hadiahkan. Semalam dia pasti memang beg tu dia masih pegang. Harta bernilai tu!
“Ada aku bagi kau balik?”
“Apa hak awak nak tahan saya dekat sini? Saya nak balik. Nanti kawan saya risau. Dia mesti tengah cari saya ni..” Zara tahu Mila mesti dah mengelabah kehulu kehilir. Macamlah Zara tak tahu perangai Mila tu. Gelabahnya macam labah-labah.
Tetapi hampa apabila lelaki tersebut hanya buat muka tak faham soalan. Tak angguk ataupun geleng. Cuma memandang ke arah dia macamlah dia ni Kate Mildelton.
Dia lagi cantik dari Kate tu okey!
“Tak best ke duduk sini?”
Turun naik dada Zara menahan geram. Apa punya soalan yang lelaki ni tanya?
“Tak! Langsung tak best! Saya nak balik..” Tak tahu la dah berapa kali Zara menyebut perkataan nak balik tu. Tapi lelaki ni masih tak faham. Kena cakap dalam bahasa iban agaknya!
“Tapi aku suka kalau kau ada dekat sini. Berseri sikit mata bujang aku ni.” 
“Awak ni bapak ayam ke? Awak culik saya ke?!”Zara pandang lelaki itu dalam-dalam. Buat muka garang.
Dalam kepala Zara cuba ingat semula muka-muka bapak ayam yang selalu dia tengok dalam Tv tu.
1.      Selalunya mesti ada Tatoo.
Laju mata dia scan bdan lelaki tersebut. Okey. Bersih dari Tatoo.
2.      Pakai bangle, rantai atau subang.
Mata Zara bergerak pula ke telinga lelaki itu, tak ada subang. Leher dan pergelangan tangan pun kosong.
3.      Rambut mesti macam bulu ayam. Warna warni!
Kali ini bebola mata Zara bergerak pulak ke bahagian rambut lelaki tersebut. Kemas dengan potongan pendek. Hitam,bebas dari sebarang warna.
4.      Bapak ayam badan mesti tough. Petak-petak macam popeye lepas makan bayam.
Tapi badan lelaki ni. Alamak! Dia tak nampak sangat sebab lelaki ni pakai baju. Tapi lengan lelaki tersebut. Zara telan liur. Dia nampak urat-urat yang timbul di pangkal lengan lelaki tersebut.
Sah! Lelaki ni ada satu dari empat ciri-ciri bapak ayam yang dia tahu. Dia dah jadi mangsa permerdagangan orang.
“Kau tengok aku apahal?” Sorotan mata Zara yang membeleknya atas bawah buat Rizza rasa seram sejuk. Dia sudah lah tak biasa berdepan dengan perempuan ni.
“Mila! Arghh!! Tolong aku..” Tanpa mempedulikan soalan Rizza. Zara melalak memanggil nama Mila.
Terjingkit-jingkit dia bergerak ke arah tingkap sambil melaung nama Mila berkali-kali. Dia lagi rela dibunuh dari terpaksa menjadi pelacur. Tak nak! Dia tak rela. Terbayang wajah arwah mak dan ayah dia.
Namun sebaik sahaja menyelak langsir, Zara terkelu sendiri. Dia ada di atas awan! Dia ada dekat hotel ke sekarang ni? Tingkat berapa ni?
“Tolongggg!!!”
“Hey! Yang kau melalak kat situ apahal pulak!” Cepat Rizza menekup mulut Zara. Kemudian tubuh genit itu dia heret menjauhi tingkap.
“Tolong..” Dalam keadaan mulut yang ditekup, Zara masih terus menghamburkan jeritan.
“Diamlah!” Jerkah Rizza betul-betul di hadapan muka Zara. Kan dah terkeluar suara tentera dia.
Kali ini Zara terdiam. Tapi air matanya sudah bergenang di tubir mata. Takut nak melawan. Takut nanti dia akan dikerat 18 atau dibisukan.
“Aku akan hantar kau balik. Tapi sekarang ni, aku nak kau makan ubat tu. Lepas tu keluar pergi depan. Faham?”
Zara angguk dengan muka tak percaya. Betul ke ni?
“Faham ke tidak? Jawablah.”
Zara angguk sambil jari telunjuk dia menekan-nekan tangan lelaki tersebut yang masih melekat elok di mulutnya. Macam mana dia nak jawab kalau dah mulut dia kena tutup. Takkan la dia nak keluarkan suara dari hidung pulak!
“Oh! Sorry..” Pantas Rizza menjatuhkan tangan dari mulut Zara.
“Faham.. Nak balik.” Zara menjawab dengan penuh teruja.
“Okey. Aku tunggu luar.” Tak tunggu lama. Rizza terus keluar bilik.
Dia nak solat asar dulu. Dia kena balik ke Kuantan petang ini juga. Esok dia dah mula kerja. Buat sementara ni dia akan bawa sekali Zara ke Kuantan bersamanya. Nanti baru dia fikir apa yang perlu dia buat.
Nak tinggalkan Zara dekat Kuala Lumpur ni bukannya tak boleh. Boleh sangat. Lagipun dia memang tak ada niat pun nak simpan kekasih hati papanya tu. Tapi bila memikirkan Adila, dia mula berfikir banyak kali. Takkan la dia nak tinggalkan perempuan tu dekat sini untuk dibunuh Adila kut. Dia tahu sekarang ni mesti Adila tengah berusaha mencari Zara.
            “Hoi! Keluar.” Laung Rizza setelah selesai solat. Pintu bilik Zara dia ketuk dari luar.
            Kemudian Rizza bergerak ke ruang tamu aparment yang disewanya secara tiba-tiba itu. Ini semua sebab Zara yang tiba-tiba muncul. Terpaksa la dia menyewa apartment ni. Takkan la dia nak campak Zara dekat tepi jalan pulak. Nak sewa bilik hotel boleh. Tapi dia pulak yang tak selesa untuk duduk di dalam bilik sekecil itu dengan anak dara.
            “Hoi! Pekak ke?! Aku kata keluar la.” Pekik Rizza lagi.
            Beberapa minit masih tiada balasan, Rizza bangun. Sengaja je budak ni nak buat dia naik angin. Dia kalau boleh nak cepat keluar dari aparment ni, takut juga kalau pegawai pencegah maksiat datang. Naya!
            Melopong mulut Rizza sebaik sahaja membuka pintu bilik. Kosong! Langkah di atur deras ke bilik air. Pintu ditolak kasar. Juga kosong!
            “Tak guna betul! Nak mati sangat agaknya!!” Rizza melepaskan geram dengan menendang pintu bilik air.
            Geram bila Zara tiada. Tangan digenggam kuat. Dia bukannya sayangkan sangat pun nyawa kekasih papa tu. Tapi dia sayangkan Adila! Tanpa menunggu lama, langkah diatur keluar bilik. Kunci kereta dicapai sebelum dia bergegas keluar dari apartment tersebut.
            Dia tinggalkan sekejap je untuk sembahyang asar, tapi perempuan tu dah lesap. Cekap betul! Kalau tahu macam ni jadinya, memang dia ikat budak Zara tu dekat katil.


Sebaik sahaja badan direbahkan ke atas sofa, Zara mengeluh kelegaan. Mujur juga pihak hotel tak tahan dia tadi sebab bawa lari selipar tidur hotel. Tapi tadi dia memang tak fikir apa dah, yang dia tahu dia kena lari. Entah betul ke tidak lelaki tadi tu nak hantar dia balik. Entah-entah setakat berjanji je.
Di luar rumah kereta Mila tak ada, ini bermakna Mila kerja shif siang hari ini. Dia je yang terpaksa ponteng kerja! Dada yang berdebar kencang diusap. Nafas ditarik panjang. Apa pun dia tetap rasa lega sebab dah sampai ke rumah sendiri. Dekat luar sana tu tak selemat!
            Bangg!
            Mengejut Zara bangun bila pintu rumahnya ditendang dari luar. Belum sempat berbuat apa-apa, dua orang abang berbadan pejal semalam sudah menerobos masuk ke dalam rumahnya. Dalam rumah sendiri pun tak selamat! Bodoh punya abang pejal, dirobohkannya pintu rumah dia! Kalut Zara berlari masuk ke dalam bilik. Tapi belum pun cukup lima langkah dia atur, rambutnya sudah ditarik ke belakang.
            “Arghh!!” Zara menjerit kuat. Sakit!
            Meronta-ronta dia cuba mengelak dari dipegang abang pejal. Tak suka! Badan dia sakit diperlakukan macam anak patung. Orang upahan Adila ni langsung tak ada sifat gentelman!
            “Kali ini jangan harap kau nak lepas!” Abang pejal yang berkepala botak bersuara.
            Lengannya direntap kasar.
            “Tolonggg!!” Jerit Zara kali ini lebih kuat. Dia berharap sangat hari ini ada antara jiran-jiran dia yang tak berkerja. Kalau nak dikira, memang kiri kanan rumah dia ni kebanyakannya bujang. Jadi mustahil sangat ada antara jiran dia yang ponteng kerja macam dia hari ini.
            “Diamlah! Menyusahkan betul!”
            “Lepaskan! Tolonggg!” Zara buat tak peduli. Dia bukannya tak ada mulut. Suruh la dia diam macam mana sekalipun. Dia tetap akan menjerit minta tolong. Mulut dia, ikut suka hati dialah!
            Pangg!
            Zara jatuh terjelepok di atas lantai. Kepala yang memang bertambah pening. Kenapalah abang pejal ni suka sangat berkasar dengan dia. Saat dirinya ingin dicempung, Zara meraung sekuatnya. Dia tahu kali ini dia tak akan terlepas. Dia akan mati juga di tangan Adila.
            Rizza melangkah deras ke dalam rumah Zara. Melihat pintu rumah yang terbuka luas membuatkan hatinya seperti dapat mengagak apa yang berlaku. Nasib baiklah dia memang dah pernah buat kerja gila mengekori Zara. Jadi tak susah untuk dia sampai ke rumah sewa Zara ni.
            “Hoi!” Jerkah Rizza sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
            Tepat seperti telahannya, dia dapat melihat orang upahan Adila sedang cuba mengangkat Zara yang sudah terbaring di atas lantai. Tanpa menunggu lama dia hadiahkan satu tumbukan padu ke arah salah seorang lelaki yang berdiri berhampiran pintu. Melihat lelaki itu yang cuba melawan, tendangan pulak dihadiahkan ke perut lelaki berkenaan. Hanya tiga kali tendangan, lelaki tersebut sudah jatuh tersungkur.
            Huh! Nak jadi samseng sangat. Tapi lembik!
            Selesai seorang, kini dia terpaksa berhadapan pula dengan seorang lagi orang upahan Adila. Kali ini rasanya macam susah sikit, yang ini badan dia besar sikit. Tapi apa ada hal! Diakan juara mempertahankan diri..
            Satu tumbukan dia hayunkan. Tersasar!
            Pihak lawan pula yang mengambil peluang menyerang balas. Cekap Rizza mengelak. Tangan dia mencapai pasu bunga di atas meja. Dihayunkan ke kepala lelaki tersebut. Akibat tidak bersedia, lelaki tersebut jatuh menyembah lantai. Mengerang kesakitan. Maaf Zara! Habis pasu cantik awak!
            “Cepat!” Rizza mendekati Zara dan membantu Zara bangun.
            Dia bukannya pengecut, tapi sekarang ni bukan masanya untuk dia tunjuk jantan. Dia kena fikirkan keselamatan Zara. Lengan Zara ditarik dari keluar rumah. Mereka kena cepat! Tangannya juga sempat menyambar beg tangan merah berkilat milik Zara.
            “Masuk.” Rizza menolak tubuh Zara masuk ke tempat penumpang sebelum dia sendiri berlari ke tempat pemandu.
            Mereka kena pergi cepat dari sini sebelum Adila muncul. Kalau Adila muncul, lagi susah kerja dia nanti. Dia percaya orang suruhan Adila tak tahu siapa dirinya sebab dia memang jarang balik ke Kuala Lumpur ni. Jadi Adila memang tak akan boleh agak Zara ada dengan dia.
            “Puas hati?! Nak mati sangat kan?” Jerkah Rizza sebaik sahaja keretanya mula memasuki lebuhraya.
            Zara di sebelah hanya mendiamkan diri. Tapi dari tadi dia nampak air mata Zara tak berhenti mengalir. Rambut juga sudah bersepah. Ikutkan memang dia tak nak ambik tahu langsung. Nak mati, pergilah mati! Tapi itu akal dia, bukan kata hati dia. Kata hati dia kata, dia kena selamatkan Zara.
            Zara mengesat air mata di pipi dengan belakang tapak tangan. Sekali lagi lelaki ni selamatkan dia.
            “Kenapa awak selamatkan saya? Sekali lagi?” Zara tak tahu macam mana lelaki ni boleh muncul. Rasanya masa dia melarikan diri tadi, lelaki ini masih lagi berkurung di dalam bilik.
            Atau ini memang superhero dia? Sentiasa ada setiap kali dia hampir dibunuh. Adila memang gila!
            “Sebab aku tak nak adik aku gelapkan masa depan dia sebab kau!” Jawab Rizza garang. Bergerak-gerak rahangnya menahan geram.
            Dia sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya Adila ingin lakukan pada Zara. Tapi kalau dilihat apa yang berlaku semalam. Dia pasti yang adiknya itu memang nak hapuskan Zara.
            “Adik?” Soal Zara pelik. Adik siapa pula ni?
            “Adila tu adik aku.”
“Adila.. Err.. Dia.. Ad..”
“Ye! Dan Tan Sri rahman syah tu juga papa aku. Did you get it?”
Mengingatkan akan hal yang satu tu hati Rizza tiba-tiba sakit. Ye! Inilah perempuan yang sudah menghancurkan keluarganya. Semuanya sebab Nur El Zara. Nama yang tidak seindah perangai sebenar.
“Penipu!”
Zara gelengkan kepala. Susah nak percaya. Takkanlah adik beradik berpakat nak menyusahkan hidup dia kut. Tapi lelaki ini yang selamatkan dia. Lelaki ni bukan macam Adila. Kalau betul lelaki ni berpakat dengan Adila, mestilah lelaki ni tak perlu bersusah payah bertumbuk untuk selamatkan dia.
Rizza tergelak sinis. Kenapalah perempuan ni nampak macam bodoh sangat. Muka gabra Zara, Rizza pandang tajam. Dia tahu sekarang mesti wanita berkenaan tengah berperang dengan perasaan sendiri. Bersemuka dengan anak lelaki kekasih hati sendiri. Apalah agaknya yang Zara ni rasa.
“Kau ingat aku ada masa ke nak menipu kau? Aku, Rizza Azrim Bin Rahman Syah. Atau lebih kau kenali sebagai Tan Sri Rahman Syah.”
Rizza nampak kali ini wajah Zara berubah pucat. Bibir Zara bergerak-gerak seolah ingin mengatakan sesuatu. Tapi satu apa pun tak terkeluar dari bibir seksi tu. Huh seksi? Yeah..sebagai lelaki dia mengaku.. Zara ni memang menarik. Tapi bukan perempuan baik!
“Kenapa? Terkejut? Amacam? Smart tak anak kekasih hati kau ni? Mana lagi smart? Aku ke papa aku? Oh lupa! Mestilah papa aku..dia kan ada Tan Sri. Aku pulak hanya ada wajah yang berseri. Tak boleh kayakan kau..”
“Apa yang korang adik beradik nak hah?” Zara tiba-tiba menjerit garang.
Ternyata soalan Rizza berjaya membuka mulut Zara. Bukanlah dia nak mengangkat diri atau minta dipuji. Tapi dia cuma ingin menyedarkan Zara ni siapa dirinya..
“Adila nak nyawa kau..”
“Korang nak sangat saya mati kan. Cepatlah! Bunuh je saya ni. Bunuh la!” Zara mencapai tangan kiri Rizza dan diletakkan ke lehernya. Cekik je dia sampai mati. Baru nak puas hati agaknya.
Rizza merentap tangannya kuat. Sudah la dia tengah memandu. Boleh pulak ajak bergaduh!
“Adila yang nak kau mati..tapi bukan aku..” Rizza masih berlagak selamba walaupun dalam hati dia takut sangat kalau Zara tiba-tiba bertindak agresif.
“Apa yang awak nak? Apa motif awak Rizza?”
Pertama kali Rizza mendengar namanya meniti dibibir Zara. Hatinya bedegup pelik. Tak tahu kenapa dia berperasaan macam ni.. Dia berdehem kuat. Cuba mengusir rasa bukan-bukan yang mula datang.. Ini semua kerja syaitan. Ingat Rizza!
“Motif aku? Tak ada apa motif pun. Aku cuma tak nak adik aku jadi pembunuh. That all!”
“Apa salah saya..” Zara tersandar lemah ke kerusi Air mata mula menjamah kulit wajah Zara.
Rizza memalingkan wajah. Bukan wajah simpati itu yang dia nak tengok. Jangan lembut hati Rizza. Ingat pada Mama. Air mata Mama lagi banyak yang mengalir keluar kalau nak dibandingkan dengan perempuan ni.
“Salah kau hanya satu Zara. Kau dah perdayakan orang yang salah. Kau gunakan kelebihan yang kau ada untuk buat papa aku lupakan mama. Kau buat papa aku lebihkan kau dalam segala hal..”
“Tak! Saya tak buat..” Zara mengeleng berkali-kali.
“Sedar atau tak. Kau memang dah buat Zara.”
“Tak! Kenapa semua orang nak salahkan saya. Kenapa? Salah ke saya nak berkawan? Takkan la dalam masa yang singkat, saya dah kena tanggung semua kesalahan ni.”
“Boleh tak kau jangan nak berlagak baik!”
“Tak! Saya memang tak salah.”
Rizza mengepal penumbuk. Dia paling benci dengan orang yang tak mengaku kesalahan sendiri. Janganlah Zara ni jadi perempuan pertama yang merasa tangan dia ni. Tak! Dia bukan lelaki dayus. Bukan jenis dia menyakitkan seorang perempuan.
“Kenapa mesti papa aku, Zara? Kenapa? Ramai lagi lelaki lain. Tapi kenapa kau mesti pilih keluarga aku?!” Suara Rizza sudah meninggi berserta dengan hentakan yang kuat ke stereng kereta.
Zara terjerit kecil dan mengecilkan tubuhnya ke pintu kereta. Wajah itu menunduk dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Kalau Zara sedih, dia lagi sedih. Dia satu-satunya anak lelaki tapi dia langsung tak boleh buat apa-apa.
“Rizza. Lepaskan saya..” Zara bersuara lirih.
Lepaskan Zara? Rizza mengeleng. Tidak. Perkara tu tak akan sesekali dia buat. Dia ambik cuti semata-mata Kak Long yang paksa dia balik tengok keadaan Papa. Dia terpaksa korbankan kerja dia. Dan buat pertama kalinya dia buat kerja bodoh mengintip perempuan simpanan Papa sendiri. Tak pernah seumur hidup dia buat semua kerja gila tu.
“Tak Zara. Kau pun tahu kan. Adila sedang cari kau. Aku akan bawa kau jauh dari keluarga aku.”
“Awak dah salah sangka Rizza.”
“Salah apa? Sekarang kau nak lepas tangan pulak ke?!”
“Tak! Saya tak pernah musnahkan keluarga awak!”
Dengan tangan kiri yang masih bebas, Rizza meyambar lengan Zara. Ditarik gadis itu rapat kepadanya. Zara menjerit ketakutan. Kalut menepis dan menangis.
“Kenapa menangis? Takut? Masa kau goda papa aku, tak pernah pulak kau fikir takut.” Rizza tahu Zara takut berdepan dengan dirinya sekarang ni.
Maaf Zara, bukan niat dia nak menyakitkan tubuh itu. Dia bukan jenis lelaki yang akan naik tangan pada perempuan. Zara ada dengan dia sekarang hanyalah kerana dia rasa terpanggil untuk menyelamatkan gadis berkenaan. Dia tidak mahu Adila menemui Zara.
“Saya tak salah.”
Rizza merengus geram. Dari tadi hanya itulah yang Zara mampu katakan. Bukan pengakuan itu yang dia nak dengar. Salah atau tak. Zara tetap sudah memusnahkan keluarganya.
“Sekarang ni aku nak tanya kau. Apa motif kau goda papa aku?”
“Saya tak buat semua tu!”
“Kau ni memang jenis manusia yang tak reti mengaku salah sendiri kan.” Rizza bertanya sinis.
“Tak! Saya tak salah. Saya tak akan mengaku untuk sesuatu yang saya tak buat. Awak semua salah. Salah!”
“Diamlah! Dasar perempuan murah.” Rizza menekan pedal minyak kuat. Kereta menderum pergi.
Stereng dipegang kemas. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan. Ini je cara untuk dia tenangkan perasaan sendiri. Tak nak nanti dia tak dapat mengawal perasaannya sendiri. Walaupun dia sendiri bencikan Zara, tapi dia tak akan menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki. Perempuan bukan untuk dikasari.
“Jadi semalam semuanya memang awak ke yang rancang? Awak ke yang sengaja suruh Adila culik saya? Lepas tu pura-pura menjadi penyelamat saya?” Suara halus Zara kembali kedengaran.
Rizza menggosok kepala. Zara! Kenapalah tak reti nak diam!
“Jangan nak menangis depan aku Zara... Aku bukan Tan Sri Rahman Syah!” Kata Rizza sebelum menekan butang radio. Volume radio dinaikkan.
Dia tak nak dengar apa-apa lagi yang Zara nak perkatakan! Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia bercakap mengenai perkara ini. Badan dan kepala otak dia penat dengan bermacam perkara yang tiba-tiba terjadi. Niat asalnya cuma ingin mengenali siapa Nur El Zara. Tetapi sekarang dia terpaksa pula menjadi hero tak berbayar.